Janganlah kamu mencela ayam jantan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا تسبوا الديك. فإنه صديقي، ولو يعلم بنو آدم ما في صوته لاشتروا ريشه ولحمه بالذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Janganlah kamu mencela ayam jantan kerana sesungguhnya ia merupakan sahabatku, jika diketahui oleh anak Adam apa yang ada pada suara ayam, maka mereka akan membeli bulu dan dagingnya dengan emas.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 219, hadis nombor 694. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع بهذا اللفظ. نعم ورد: " لا تسبوا الديك فإنه يوقظ للصلاة "، وإنكار ابن القيم جميع أحاديث الديك ليس على ما ينبغي.

Palsu dengan lafaz ini. Benar, warid hadith berbunyi: Janganlah kamu mencela ayam jantan kerana ia mengejutkan solat.
Ibn Qayyim mengingkari semua hadith-hadith berhubung ayam jantan, dalam bentuk yang tidak sepatutnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs