Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: لَا تسبوا الديك. فَإِنَّهُ صديقي، وَلَو يعلم بَنو آدم مَا فِي صَوته لاشتروا ريشه ولحمه بِالذَّهَب.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Janganlah kamu mencela ayam jantan kerana sesungguhnya ia merupakan sahabatku, jika diketahui oleh anak Adam apa yang ada pada suara ayam, maka mereka akan membeli bulu dan dagingnya dengan emas.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 219, hadis no. 694. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع بهذا اللفظ. نعم ورد: " لا تسبوا الديك فإنه يوقظ للصلاة "، وإنكار ابن القيم جميع أحاديث الديك ليس على ما ينبغي.
Palsu dengan lafaz ini. Benar, warid hadis berbunyi: Janganlah kamu mencela ayam jantan kerana ia mengejutkan solat. Ibn Qayyim mengingkari semua hadis-hadis berhubung ayam jantan, dalam bentuk yang tidak sepatutnya.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman