Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تستضيئوا بنارِ أهل ِالشركِ، ولا تنقشُوا في خواتيمكم عربيًّا.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu mencari cahaya dari api golongan musyrik (iaitu janganlah kamu meminta pendapat daripada golongan musyrik), dan janganlah kamu mengukir di cincin-cincin kamu dengan tulisan Arab (iaitu janganlah kamu mengukir pada cincin kamu sebutan ‘Muhammad Rasul Allah’ kerana ia merupakan ukiran pada cincin Nabi SAW).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 216, hadis no. 1148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata: Janganlah kamu mencari cahaya dari api golongan musyrik (iaitu janganlah kamu meminta pendapat daripada golongan musyrik), dan janganlah kamu mengukir di cincin-cincin kamu dengan tulisan Arab (iaitu janganlah kamu mengukir pada cincin kamu sebutan ‘Muhammad Rasul Allah’ kerana ia merupakan ukiran pada cincin Nabi SAW). [Riwayat al-Tabari. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4781]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman