Janganlah kamu mencaci para penguasa, kerana mereka ialah teduhan Allah di bumi-Nya

TEKS BAHASA ARAB

لا تسبوا السلطان، فإنه فيء الله في أرضه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu mencaci para penguasa, kerana mereka ialah teduhan Allah di bumi-Nya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 831, hadis nombor 4265. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن زيد ابن أسلم أن أباه أسلم أخبره: أنه خرج إلى عمر بن الخطاب حين قدم إلى أبي عبيدة بن الجراح وهو بباب الجابية، فقال أبو عبيدة: يا أسلم، هل استعملك عمر على مواليه وأهله؟ فقلت: لا. قال: فأشهد لسمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((لا تسبوا السلطان، فإنه فيء الله في أرضه)).
[ابن أبي عاصم في ((السنة))، هب، ((الضعيفة)) (2264)]

(Sangat Lemah) Daripada Zaid bin Aslam bahawa ayahnya, Aslam memberitahunya: Dia keluar kepada ‘Umar bin al-Khaṭṭāb ketika mendatangi Abū Ubaidah al-Jarrāḥ dan beliau berada di Bab al-Jabiah. Lalu Abū Ubaidah berkata: Wahai Aslam, adakah ‘Umar menggunakanmu untuk (menjaga) hambanya dan ahli keluarganya? Aku berkata: Tidak. Dia berkata: Aku bersaksi bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu mencaci para penguasa, kerana mereka ialah teduhan Allah di bumi-Nya.
[Riwayat Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah dan al-Baihaqī dalam Syu’ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2264]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs