Janganlah kamu menangis terhadap agama ini jika ia diuruskan oleh ahlinya

TEKS BAHASA ARAB

لا تبكوا على الدين إذا وليه أهله، ولكن ابكوا عليه إذا وليه غير أهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menangis terhadap agama ini jika ia diuruskan oleh ahlinya, namun menangislah terhadap agama ini jika ia diuruskan oleh orang yang bukan ahlinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1304, hadis nombor 6660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن داود بن أبي صالح، قال: أقبل مروان يوما، فوجد رجلا واضعا وجهه على القبر، فقال: أتدري ما تصنع؟! فأقبل عليه، فإذا هو أبو أيوب، فقال: نعم جئت رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم آت الحجر، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تبكوا على الدين إذا وليه أهله، ولكن ابكوا عليه إذا وليه غير أهله.
[حم، ك، ((الضعيفة)) (373)].

(Lemah)
Daripada Dawud bin Abi Soleh, katanya: Suatu hari Marwan datang, lalu dia mendapati ada seorang lelaki sedang meletakkan wajahnya atas kubur, lalu Marwan bertanya: Tahukah kamu apa yang sedang kamu lakukan? Lelaki itu pun berpaling kepadanya, rupa-rupanya dia adalah Abu Ayyub, dia berkata: Ya, aku mendatangi Rasulullah SAW dan bukannya aku mendatangi batu. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu menangis terhadap agama ini jika ia diuruskan oleh ahlinya, namun menangislah terhadap agama ini jika ia diuruskan oleh orang yang bukan ahlinya.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 373].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs