Janganlah kamu menakutkan saudara seislam kamu

TEKS BAHASA ARAB

لا ترع أخاك المسلم؛ فإن روعة المسلم ظلم عظيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu menakutkan saudara seislam kamu, sesungguhnya menakut-nakutkan orang Islam itu ialah kezaliman yang besar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 803, hadis nombor 4143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عامر بن ربيعة -رضي الله عنه- أن رجلا أخذ ثوب رجل؛ فلم يرده، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا ترع أخاك المسلم؛ فإن روعة المسلم ظلم عظيم)). [البزار، عق، ((الضعيفة)) (5247)]

(Lemah) Daripada ‘Āmir bin Rabī‘ah RA bahawa seorang lelaki mengambil baju seorang lelaki yang lain namun dia tidak memulangkannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu menakutkan saudara seislam kamu, sesungguhnya menakut-nakutkan orang Islam itu ialah kezaliman yang besar. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya, al-‘Uqailī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5247]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs