Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kamu menakutkan saudara seIslam kamu

Teks Bahasa Arab

لا تُرِعْ أخاك المسلمَ؛ فإنَّ روعةَ المسلمِ ظلمٌ عظيمٌ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kamu menakutkan saudara seIslam kamu, sesungguhnya menakut-nakutkan seorang muslim itu adalah kezaliman yang besar.

Sahabat Perawi

  1. Amir bin Rabiah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 628, hadis no. 3268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عامر بن ربيعة عن أبيه: أن رجلاً أخذ ثوب رجل؛ فلم يرده، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا ترع أخاك المسلم؛ فإن روعة المسلم ظلم عظيم)). [البزار، عق، ((الضعيفة)) (5247)]

(Lemah) Daripada Amir bin Rabiah RA daripada bapanya: bahawa seorang lelaki mengambil pakaian seorang lelaki lain dan tidak memulangkannya. Lalu Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu menakutkan saudara seIslam kamu, sesungguhnya menakut-nakutkan seorang Muslim itu adalah kezaliman yang besar.” [Riwayat al-Bazzar dalam musnadnya dan al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5247]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.