Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُرِعْ أخاك المسلمَ؛ فإنَّ روعةَ المسلمِ ظلمٌ عظيمٌ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu menakutkan saudara Muslim kamu. Sesungguhnya menakutkan seorang Muslim itu merupakan suatu kezaliman yang besar.
Sahabat Perawi
- ‘Āmir bin Rabī‘ah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 103, hadis no. 536. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada ‘Āmir ibn Rabī‘ah RA bahawa seorang lelaki telah mengambil pakaian seorang lelaki dan tidak memulangkannya semula. Maka Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu menakutkan saudara Muslim kamu. Sesungguhnya menakutkan seorang Muslim itu merupakan suatu kezaliman yang besar. [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya dan al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5247]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman