TEKS BAHASA ARAB
لا تُغالوا في أثمانِ السُّيوفِ؛ فإنها مأمورة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kamu menaikkan harga pedang-pedang, sesungguhnya ia telah diperintahkan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 634 – 634, hadis nombor 3290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عباس وعبد الله بن بسر – رضي الله عنهم – عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: ((لا تُغالوا في أثمانِ السُّيوفِ؛ فإنها مأمورة)). [عد، فر، ((الضعيفة)) (6248)].
(Palsu)
Daripada Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Busr RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu menaikkan harga pedang-pedang, sesungguhnya ia telah diperintahkan.”
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa' dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2648]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.