Janganlah kamu memukul seorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

لا تضربوا الرقيق، فإنكم لا تدرون ما توافقون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu memukul seorang hamba, sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang kamu setujui (untuk lakukan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 785, hadis nombor 4030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر مرفوعا: لا تضربوا الرقيق، فإنكم ‌لا ‌تدرون ما توافقون. [ع، عد، هب، عق، ((الضعيفة)) (2051)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Janganlah kamu memukul seorang hamba, sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang kamu setujui (untuk lakukan).” [Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2051]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.