Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَضْرِبُوا الرَّقِيقَ، فإنكم لا تَدْرُونَ ما تُوافِقُونَ
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu memukul seorang hamba, sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang kamu setujui (untuk lakukan).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 785, hadis no. 4030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر مرفوعا: لا تضربوا الرقيق، فإنكم لا تدرون ما توافقون. [ع، عد، هب، عق، ((الضعيفة)) (2051)]
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Janganlah kamu memukul seorang hamba, sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang kamu setujui (untuk lakukan).” [Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2051]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman