Janganlah kamu memukul hamba sahaya kamu

TEKS BAHASA ARAB

لا تضربوا إماءكم على كسر إنائكم؛ فإن لها آجالا كآجال الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu memukul hamba sahaya kamu kerana mereka memecahkan bekas kamu, kerana sesungguhnya ia juga mempunyai ajal seperti ajal manusia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 826 – 827, hadis nombor 4245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تضربوا إماءكم على كسر إنائكم؛ فإن لها آجالا كآجال الناس)).
[ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6840)]

(Munkar) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu memukul hamba sahaya kamu kerana mereka memecahkan bekas kamu, kerana sesungguhnya ia juga mempunyai ajal seperti ajal manusia.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6840]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs