Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَضربوا إِماءَكم على كَسْرِ إنائِكم فإنَّ لها آجالًا كآجالِ الناسِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu memukul hamba-hamba wanita kamu disebabkan pecahnya bekas-bekas kamu. Kerana baginya (bekas-bekas) juga tempoh tamat sama seperti ajal manusia.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 165, hadis no. 827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا تضربوا إماءكم على كسر إنائكم فإن لها آجالا كآجال الناس. [ابن حبان في ((الضعفاء)) -معلقا-، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6840)]
(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Janganlah kamu memukul hamba-hamba wanita kamu disebabkan pecahnya bekas-bekas kamu. Kerana baginya (bekas-bekas) juga tempoh tamat sama seperti ajal manusia. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ -secara Mua’allaq-, Ibn al-Jauzi dalam al-’Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6840]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman