Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَشْكُرْهُ فَقَدْ تَحْتَاجُ إِلَى مَذَمَّتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu memujinya kerana kadangkala kamu perlu untuk mencelanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 105, hadis no. 508. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو مثل لا حديث، ومعناه: النهي عن المبادرة إلى الشكر أو الإطراء فيه فربما يتبين خلافه فتحتاج إلى المذمة.
Ia sebuah perumpamaan, bukannya hadith. Maksudnya: Larangan bersegera berterima kasih atau menyanjung perbuatannya kerana adakalanya (pada satu ketika) akan menampakkan sesuatu yang sebaliknya lalu kamu perlu mencacinya pula.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman