Janganlah kamu meminta pandangan tukang tenun dan juga guru-guru

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا تستشيروا الحاكة ولا المعلمين، فإن الله سلب عقولهم ونزع البركة من أكسابهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Janganlah kamu meminta pandangan tukang tenun dan juga guru-guru kerana sesungguhnya Allah SWT telah membelenggu akal-akal mereka dan menghilangkan keberkatan daripada pendapatan-pendapatan mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 153-154, hadis nombor 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في المختصر، وقال: موضوع. وقد روى بلفظ: من أدرك منكم زمانا تطلب فيه الحاكة العلم فالهرب الهرب ثم قال: من اطلع في دار حائك خف عقله. وروى بلفظ: يخرج الدجال معه سبعون ألف حائك.وروى: لا تلعنوا الحاكة فأول من حاك آدم. وروى بلفظ: لا تشاوروا الحاكة والحجامين ولا تسلموا عليهم والكل موضوع.

Al-Firuzabadi menyebutnya dalam al-Mukhtasar dan dia berkata: Ia palsu. Dan dia telah meriwayatkan dengan lafaz: Sesiapa di kalangan kamu mendapati suatu zaman di mana tukang tenun menuntut ilmu, maka larikan diri, larikan diri, kemudian baginda berkata: Sesiapa yang meninjau dalam rumah tukang tenun kuranglah akalnya…hingga akhir hadith. Dan dia meriwayatkan dengan lafaz: Dajjal akan keluar, bersamanya 70 ribu orang tukang tenun. Dan dia meriwayatkan: Janganlah kamu melaknat tukang tenun, kerana tukang tenun pertama adalah Adam AS. Dan dia meriwayatkan dengan lafaz: Janganlah kamu meminta pandangan tukang tenun dan tukang bekam dan janganlah kamu memberi salam kepada mereka. Dan semua ini palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs