Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لا تَسْتَشِيرُوا الْحَاكَةَ وَلا الْمُعَلِّمِينَ، فَإِنَّ اللَّهَ سَلَبَ عُقُولَهُمْ وَنَزَعَ الْبَرَكَةَ مِنْ أَكْسَابِهِمِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Janganlah kamu meminta pandangan tukang tenun dan juga guru-guru kerana sesungguhnya Allah SWT telah membelenggu akal-akal mereka dan menghilangkan keberkatan daripada pendapatan-pendapatan mereka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 153-154, hadis no. 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره في المختصر، وقال: موضوع. وقد روى بلفظ: من أدرك منكم زمانا تطلب فيه الحاكة العلم فالهرب الهرب ثم قال: من اطلع في دار حائك خف عقله. وروى بلفظ: يخرج الدجال معه سبعون ألف حائك.وروى: لا تلعنوا الحاكة فأول من حاك آدم. وروى بلفظ: لا تشاوروا الحاكة والحجامين ولا تسلموا عليهم والكل موضوع.
Al-Firuzabadi menyebutnya dalam al-Mukhtasar dan dia berkata: Ia palsu. Dan dia telah meriwayatkan dengan lafaz: Sesiapa di kalangan kamu mendapati suatu zaman di mana tukang tenun menuntut ilmu, maka larikan diri, larikan diri, kemudian baginda berkata: Sesiapa yang meninjau dalam rumah tukang tenun kuranglah akalnya…hingga akhir hadith. Dan dia meriwayatkan dengan lafaz: Dajjal akan keluar, bersamanya 70 ribu orang tukang tenun. Dan dia meriwayatkan: Janganlah kamu melaknat tukang tenun, kerana tukang tenun pertama adalah Adam AS. Dan dia meriwayatkan dengan lafaz: Janganlah kamu meminta pandangan tukang tenun dan tukang bekam dan janganlah kamu memberi salam kepada mereka. Dan semua ini palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman