Janganlah kamu meminta mukjizat-mukjizat

TEKS BAHASA ARAB

لا تسألوا الآيات؛ فقد سألها قوم صالح، فكانت (يعني: الناقة) ترد من هذا الفج، وتصدر من هذا الفج، فعتوا عن أمر ربهم، فعقروها، وكانت تشرب ماءهم يوما، ويشربون لبنها يوما، فعقروها، فأخذتهم صيحة أهمد الله من تحت أديم السماء منهم؛ إلا رجلا واحدا كان في حرم الله عز وجل، قيل: من هو يا رسول الله؟ قال: هو أبو رغال، فلما خرج من الحرم أصابه ما أصاب قومه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu meminta mukjizat-mukjizat. Ini kerana, kaum Soleh pernah memintanya mukjizat-mukjizat. Unta tersebut mundar mandir di jalan ini. Lalu mereka menderhakai perintah Tuhan mereka, mereka telah membunuh unta tersebut. Unta tersebut boleh minum air mereka untuk sehari dan mereka pula boleh minum susu unta tersebut untuk sehari, lalu mereka membunuh unta tersebut. Akibatnya, satu pekikan telah menimpa mereka lalu Allah hancurkan sebahagian mereka yang berada di bawah langit kecuali seorang lelaki yang berada dalam lindungan Alla ‘azza wa jalla. Baginda ditanya: Siapakah dia, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Abu Righal, ketika dia keluar daripada al-Haram, dia ditimpa sebagaimana kaumnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1276 – 1277, hadis nombor 6540. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر رضي الله عنه، قال: لما مر رسول الله صلى الله عليه وسلم بالحجر قال: لا تسألوا الآيات؛ فقد سألها قوم صالح، فكانت (يعني: الناقة) ترد من هذا الفج، وتصدر من هذا الفج، فعتوا عن أمر ربهم، فعقروها، وكانت تشرب ماءهم يوما، ويشربون لبنها يوما، فعقروها، فأخذتهم صيحة أهمد الله من تحت أديم السماء منهم؛ إلا رجلا واحدا كان في حرم الله عز وجل، قيل: من هو يا رسول الله؟ قال: هو أبو رغال، فلما خرج من الحرم أصابه ما أصاب قومه.
[حم، ((الضعيفة)) (4334)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA, katanya: Ketika Rasulullah SAW melalui kawasan Hijr, baginda bersabda: Janganlah kamu meminta mukjizat-mukjizat. Ini kerana, kaum Soleh pernah memintanya mukjizat-mukjizat. Unta tersebut mundar mandir di jalan ini. Lalu mereka menderhakai perintah Tuhan mereka, mereka telah membunuh unta tersebut. Unta tersebut boleh minum air mereka untuk sehari dan mereka pula boleh minum susu unta tersebut untuk sehari, lalu mereka membunuh unta tersebut. Akibatnya, satu pekikan telah menimpa mereka lalu Allah hancurkan sebahagian mereka yang berada di bawah langit kecuali seorang lelaki yang berada dalam lindungan Alla ‘azza wa jalla. Baginda ditanya: Siapakah dia, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Abu Righal, ketika dia keluar daripada al-Haram, dia ditimpa sebagaimana kaumnya.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4334]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.