Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يبولنَّ أحدُكُم في الماءِ النَّاقعِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu membuang air kecil (kencing) pada air yang tidak mengalir (kawasan air bertakung).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 216, hadis no. 1153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu membuang air kecil (kencing) pada air yang tidak mengalir (kawasan air bertakung). [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 4814]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman