Janganlah kamu memberatkan diri kamu hingga menyebabkan Allah memberatkan kamu

TEKS BAHASA ARAB

‌لا تشددوا على أنفسكم فيشدد عليكم؛ فإن قوماً شددوا على أنفسهم فشدد الله عليهم، فتلك بقاياهم في الصوامع والديار: {ورهبانية ابتدعوها ما كتبناها عليهم} [الحديد: ٢٧]

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu memberatkan diri kamu hingga menyebabkan Allah memberatkan kamu, kerana sesungguhnya suatu kaum telah memberatkan terhadap diri mereka, lalu Allah memberatkan mereka. Itulah pewaris-pewaris mereka dalam biara-biara dan rumah-rumah (ibadah): Dan (perbuatan mereka beribadat secara) -Rahbaniyyah- merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka. [Surah al-Hadid ayat 27]

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1264 – 1265, hadis nombor 6462. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعيد بن عبد الرحمن بن أبي العمياء: أن سهل بن أبي أمامة حدثه أنه دخل هو وأبوه على أنس بن مالك بالمدينة في زمان عمر بن عبد العزيز وهو أمير المدينة، فإذا هو يصلي صلاة خفيفة دقيقة، كأنها صلاة مسافر أو قريباً منها، فلما سلم قال أبي: يرحمك الله! أرأيت هذه الصلاة المكتوبة أو شيء تنفلته؟ قال: إنها مكتوبة، وإنها لصلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم، ما أخطأتُ شيئا سهوت عنه. فقال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقول: لا تشددوا على أنفسكم فيشدد عليكم؛ فإن قوماً شددوا على أنفسهم فشدد الله عليهم، فتلك بقاياهم في الصوامع والديار: {ورهبانية ابتدعوها ما كتبناها عليهم} [الحديد: ٢٧]. ثم غدا من الغد فقال: ألا تركب لتنظر ولتعتبر؟ قال: نعم، فركبوا جميعاً، فإذا هم بديار باد أهلها وانقضوا وفنوا، خاوية على عروشها، فقال: أتعرف هذه الديار؟ فقلت: ما أعرفني بها وبأهلها، هذه ديار قوم أهلكهم البغي والحسد؛ إن الحسد يطفىء نور الحسنات، والبغي يصدق ذلك أو يكذبه، والعين تزني والكف والقدم والجسد واللسان، والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.
[د، ع، ((الضعيفة)) (3468)].

(Lemah)
Daripada Sa’id bin ‘Abd al-Rahman bin Abu al-‘Amya’ bahawa Sahl bin Abu Umamah telah menceritakan kepada beliau bahawa beliau (Sahl) pernah masuk bersama ayahnya untuk bertemu Anas bin Malik di Madinah pada zaman ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sewaktu beliau menjadi gabenor di Madinah. Saat itu Anas sedang melakukan solat yang sangat ringkas seakan-akan solat orang yang bermusafir atau hampri sama dengannya. Apabila Anas memberi salam, ayahku berkata: Semoga Allah merahmatimu! Menurut anda solat ini adalah yang fardu atau solat sunat? Anas menjawab: Ia solat fardu. Ia solat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, aku tidak melakukan kesilapan (dalam melakukan solat itu) kecuali sedikit sahaja yang aku terlupa. Anas berkata lagi: Sesungguhnya Rasulullah SAW selalu bersabda: Janganlah kamu memberatkan diri kamu hingga menyebabkan Allah memberatkan kamu, kerana sesungguhnya suatu kaum telah memberatkan terhadap diri mereka, lalu Allah memberatkan mereka. Itulah pewaris-pewaris mereka dalam biara-biara dan rumah-rumah (ibadah): Dan (perbuatan mereka beribadat secara) -Rahbaniyyah- merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka. [Surah al-Hadid ayat 27]. Kemudian keesokannya ayahku pergi (bertemu Anas), lalu Anas berkata: Tidakkah kamu mahu berkenderaan dan kamu mendapatkan pelajaran? Ayahku menjawab: Ya. Lalu mereka pun naik bersama-sama. Apabila mereka sampai di rumah-rumah yang telah dibinasakan penduduknya, mereka lenyap dan musnah, banguna-bangunan telah roboh hingga menutupi atap-atapnya. Lalu Anas berkata: Tahukah kamu rumah-rumah siapakah ini? Ayahku menjawab: Aku tidak tahu milik siapa dan siapakah penghuninya. Anas berkata: Inilah rumah-rumah yang dimiliki oleh satu kaum, sifat melampaui batas dan hasad telah membinasakan mereka. Sesungguhnya hasad itu memadamkan cahaya kebaikan-kebaikan begitu juga sifat melampaui batas sama ada dipercayai atau tidak. Mata itu berzina, begitu juga tangan, kaki, jasad dan begitu juga kemaluan, sama ada dipercayai atau tidak.
[Riwayat Sunan Abī Dāwud, Musnad Abī Ya‘lā. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3468]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs