Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُشَدِّدُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَيُشَدَّدَ عَلَيْكُمْ، فَإِنَّ قَوْمًا شَدَّدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ فَشَدَّدَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ، فَتِلْكَ بَقَايَاهُمْ فِي الصَّوَامِعِ وَالدِّيَارِ: {وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ} [الحديد: ٢٧]
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu memberatkan diri kamu hingga menyebabkan Allah memberatkan kamu, kerana sesungguhnya suatu kaum telah memberatkan terhadap diri mereka, lalu Allah memberatkan mereka. Itulah pewaris-pewaris mereka dalam biara-biara dan rumah-rumah (ibadah): Dan (perbuatan mereka beribadat secara) -Rahbaniyyah- merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka. [Surah al-Hadid ayat 27]
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1264 - 1265, hadis no. 6462. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Sa'id bin 'Abd al-Rahman bin Abu al-'Amya' bahawa Sahl bin Abu Umamah telah menceritakan kepada beliau bahawa beliau (Sahl) pernah masuk bersama ayahnya untuk bertemu Anas bin Malik di Madinah pada zaman 'Umar bin 'Abd al-'Aziz sewaktu beliau menjadi gabenor di Madinah. Saat itu Anas sedang melakukan solat yang sangat ringkas seakan-akan solat orang yang bermusafir atau hampri sama dengannya. Apabila Anas memberi salam, ayahku berkata: Semoga Allah merahmatimu! Menurut anda solat ini adalah yang fardu atau solat sunat? Anas menjawab: Ia solat fardu. Ia solat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, aku tidak melakukan kesilapan (dalam melakukan solat itu) kecuali sedikit sahaja yang aku terlupa. Anas berkata lagi: Sesungguhnya Rasulullah SAW selalu bersabda: Janganlah kamu memberatkan diri kamu hingga menyebabkan Allah memberatkan kamu, kerana sesungguhnya suatu kaum telah memberatkan terhadap diri mereka, lalu Allah memberatkan mereka. Itulah pewaris-pewaris mereka dalam biara-biara dan rumah-rumah (ibadah): Dan (perbuatan mereka beribadat secara) -Rahbaniyyah- merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka. [Surah al-Hadid ayat 27]. Kemudian keesokannya ayahku pergi (bertemu Anas), lalu Anas berkata: Tidakkah kamu mahu berkenderaan dan kamu mendapatkan pelajaran? Ayahku menjawab: Ya. Lalu mereka pun naik bersama-sama. Apabila mereka sampai di rumah-rumah yang telah dibinasakan penduduknya, mereka lenyap dan musnah, banguna-bangunan telah roboh hingga menutupi atap-atapnya. Lalu Anas berkata: Tahukah kamu rumah-rumah siapakah ini? Ayahku menjawab: Aku tidak tahu milik siapa dan siapakah penghuninya. Anas berkata: Inilah rumah-rumah yang dimiliki oleh satu kaum, sifat melampaui batas dan hasad telah membinasakan mereka. Sesungguhnya hasad itu memadamkan cahaya kebaikan-kebaikan begitu juga sifat melampaui batas sama ada dipercayai atau tidak. Mata itu berzina, begitu juga tangan, kaki, jasad dan begitu juga kemaluan, sama ada dipercayai atau tidak. [Riwayat Sunan Abī Dāwud, Musnad Abī Ya‘lā. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3468]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman