Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَكْرَهُوا الْفِتْنَةَ فِي آخِرِ الزَّمَانِ فَإِنَّهَا تُبِيرُ الْمُنَافِقِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu membenci fitnah pada akhir zaman kerana ia akan menampakkan golongan munafik.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 105, hadis no. 512. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
روي من حديث علي، وأنكره، ابن حجر.
Diriwayatkan melalui hadith 'Ali dan Ibn Hajar mengingkarinya.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman