Janganlah kamu membenarkan khabar berita daripada lelaki yang telah berubah sikapnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا سمعتم بجبل زال عن مكانه فصدقوا، وإذا سمعتم برجل تغير عن خلقه فلا تصدقوا به، وإنه يصير إلى ما جبل عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mendengar tentang bukit yang beralih daripada tempatnya maka percayalah. Dan apabila kamu mendengar tentang seorang lelaki yang berubah akhlaknya maka janganlah kamu membenarkannya (khabar berita daripadanya). Sesungguhnya ia berubah kepada apa yang diarahkan kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 13, hadis nombor 2. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء قال: بينما نحن عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – نتذاكر ما يكون؛ إذ قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((إذا سمعتم بجبل زال عن مكانه، فصدقوا، وإذا سمعتم برجل تغير عن خلقه، فلا تصدقوا به، وإنه يصير إلى ما جبل عليه)).
[حم، ((الضعيفة)) (135)]

(Lemah) Daripada Abu Darda’ RA beliau berkata: Ketika kami sedang duduk bersama dengan Rasulullah SAW berbincang mengenai apa yang berlaku, tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar tentang bukit yang beralih daripada tempatnya maka percayalah. Dan apabila kamu mendengar tentang seorang lelaki yang berubah akhlaknya maka janganlah kamu membenarkannya (khabar berita daripadanya). Sesungguhnya ia berubah kepada apa yang diarahkan kepadanya."
[Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.135]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs