TEKS BAHASA ARAB
يا علي! أني ارضي لك ما ارضي لنفسي، واكره لك ما اكره لنفسي: لا تقرأ القرآن وأنت جنب، ولا أنت راكع، ولا أنت ساجد، ولا تصل وأنت عاقص شعرك، ولا تدبح تدبيح الحمار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai ‘Ali! Sesungguhnya aku suka untukmu sebagaimana aku suka untuk diriku dan aku tidak suka untukmu sebagaimana aku tidak suka untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Qur’an sewaktu kamu sedang berjunub, sewaktu kamu sedang rukuk, sewaktu kamu sedang sujud dan janganlah kamu berselawat sewaktu kamu sedang mendandan rambutmu serta janganlah kamu tundukkan kepala sewaktu rukuk seperti tunduknya himar.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1219, hadis nombor 6209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا التمام)
عن علي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا علي! أني ارضي لك ما ارضي لنفسي، واكره لك ما اكره لنفسي: لا تقرأ القرآن وأنت جنب، ولا أنت راكع، ولا أنت ساجد، ولا تصل وأنت عاقص شعرك، ولا تدبح تدبيح الحمار.
[قط، ((الضعيفة)) (5710)].
(Sangan lemah dengan lafaz yang lengkap ini)
Daripada ‘Ali RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Wahai ‘Ali! Sesungguhnya aku suka untukmu sebagaimana aku suka untuk diriku dan aku tidak suka untukmu sebagaimana aku tidak suka untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Qur’an sewaktu kamu sedang berjunub, sewaktu kamu sedang rukuk, sewaktu kamu sedang sujud dan janganlah kamu berselawat sewaktu kamu sedang mendandan rambutmu serta janganlah kamu tundukkan kepala sewaktu rukuk seperti tunduknya himar.
[Riwayat al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5710]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.