Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عليُّ! إني أرضى لك ما أرضى لنفسي، وأكرَه لك ما أكرَه لنفسي: لا تقرأِ القرآنَ وأنتَ جُنُبٌ، ولا أنت راكعٌ، ولا أنتَ ساجدٌ، ولا تُصَلِّ وأنت عاقِصٌ شعْرَك، ولا تدبحْ تدبيحَ الحمارِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai 'Ali! Sesungguhnya aku suka untukmu sebagaimana aku suka untuk diriku dan aku tidak suka untukmu sebagaimana aku tidak suka untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Qur'an sewaktu kamu sedang berjunub, sewaktu kamu sedang rukuk, sewaktu kamu sedang sujud dan janganlah kamu berselawat sewaktu kamu sedang mendandan rambutmu serta janganlah kamu tundukkan kepala sewaktu rukuk seperti tunduknya himar.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1219, hadis no. 6209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا التمام) عن علي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا علي! أني ارضي لك ما ارضي لنفسي، واكره لك ما اكره لنفسي: لا تقرأ القرآن وأنت جنب، ولا أنت راكع، ولا أنت ساجد، ولا تصل وأنت عاقص شعرك، ولا تدبح تدبيح الحمار. [قط، ((الضعيفة)) (5710)].
(Sangan lemah dengan lafaz yang lengkap ini) Daripada 'Ali RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Wahai 'Ali! Sesungguhnya aku suka untukmu sebagaimana aku suka untuk diriku dan aku tidak suka untukmu sebagaimana aku tidak suka untuk diriku. Janganlah kamu membaca al-Qur'an sewaktu kamu sedang berjunub, sewaktu kamu sedang rukuk, sewaktu kamu sedang sujud dan janganlah kamu berselawat sewaktu kamu sedang mendandan rambutmu serta janganlah kamu tundukkan kepala sewaktu rukuk seperti tunduknya himar. [Riwayat al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5710]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman