Janganlah kamu melapangkan tempat duduk melainkan kepada tiga orang

TEKS BAHASA ARAB

لا توسع المجالس إلا لثلاثة: لذي علم لعلمه، ولذي سن لسنه، ولذي سلطان لسلطانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu melapangkan tempat duduk melainkan kepada tiga orang: (iaitu) kepada orang yang berilmu disebabkan ilmunya, (juga kepada) orang yang tua disebabkan usianya itu, serta kepada seseorang yang mempunyai kuasa disebabkan kuasanya itu.

STATUS

Syaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 244, hadis nombor 1279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – ، قال: قال – – صلى الله عليه وسلم -: ((لا توسع المجالس إلا لثلاثة: لذي علم لعلمه، ولذي سن لسنه، ولذي سلطان لسلطانه)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، هب، فر، ((الضعيفة)) (6809)]

(Syaz)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu melapangkan tempat duduk melainkan kepada tiga orang: (iaitu) kepada orang yang berilmu disebabkan ilmunya, (juga kepada) orang yang tua disebabkan usianya itu, serta kepada seseorang yang mempunyai kuasa disebabkan kuasanya itu.
[Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak, Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 6809]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs