Syaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُوسَّعُ المجالسُ إلا لثلاثةٍ : لِذِي علمٍ لعلمِهِ ، ولِذِي سِنٍّ لسِنِّهِ ، ولِذِي سلطانٍ لسلطانِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu melapangkan tempat duduk melainkan kepada tiga orang : (iaitu) kepada orang yang berilmu disebabkan ilmunya, (juga kepada) orang yang tua disebabkan usianya itu, serta kepada seseorang yang mempunyai kuasa disebabkan kuasanya itu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Syaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 244, hadis no. 1279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - ، قال: قال ﷺ: «لا توسع المجالس إلا لثلاثة: لذي علم لعلمه، ولذي سن لسنه، ولذي سلطان لسلطانه،. [الخرائطي في «مكارم الأخلاق»، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، هيم، فر، «الضعيفة» (6809)].
(Syaz) Daripada Abu Hurairah ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Janganlah kamu melapangkan tempat duduk melainkan kepada tiga orang : (iaitu) kepada orang yang berilmu disebabkan ilmunya, (juga kepada) orang yang tua disebabkan usianya itu, serta kepada seseorang yang mempunyai kuasa disebabkan kuasanya itu. [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan, Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi, Musnad al-Firdaus oleh al-Dailami, al-Dha‘īfah; no. 6809].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman