Shaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُوسَّعُ المجالسُ إلا لثلاثةٍ: لِذِي علمٍ لعلمِهِ، ولِذِي سِنٍّ لسِنِّهِ، ولِذِي سلطانٍ لسلطانِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu melapangkan tempat duduk melainkan untuk tiga orang: Untuk seseorang yang mempunyai ilmu disebabkan ilmunya, untuk seseorang yang berusia disebabkan usianya, dan untuk seorang pemerintah disebabkan kekuasaannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 185, hadis no. 828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا توسع المجالس إلا لثلاثة : لذي علم لعلمه ، ولذي سن لسنه ، ولذي سلطان لسلطانه. [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، هب، فر، ((الضعيفة)) (6809)]
(Shaz) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW bersabda: Janganlah kamu melapangkan tempat duduk melainkan untuk tiga orang: Untuk seseorang yang mempunyai ilmu disebabkan ilmunya, untuk seseorang yang berusia disebabkan usianya, dan untuk seorang pemerintah disebabkan kekuasaannya. [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak, Abu Nu’aim dalam Akhbar al-Asbahan, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6809]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman