Janganlah kamu melampaui batas terhadap golongan yang memakai pakaian berbulu dan juga pakaian yang koyak (ahli zuhud dan golongan sufi)

TEKS BAHASA ARAB

لا تطغوا على أهل الصوف والخرق فإن أخلاقهم أخلاق الأنبياء ولباسهم لباس الأنبياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu melampaui batas terhadap golongan yang memakai pakaian berbulu dan juga pakaian yang koyak (ahli zuhud dan golongan sufi). Sesungguhnya akhlak mereka ialah akhlak para Nabi dan pakaian mereka ialah pakaian para Nabi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 136, hadis nombor 684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تطغوا على أهل الصوف والخرق فإن أخلاقهم أخلاق الأنبياء ولباسهم لباس الأنبياء. [قر، الضعيفة (6017)].

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau memarfū‘kannya: Janganlah kamu melampaui batas terhadap golongan yang memakai pakaian berbulu dan juga pakaian yang koyak (ahli zuhud dan golongan sufi). Sesungguhnya akhlak mereka ialah akhlak para Nabi dan pakaian mereka ialah pakaian para Nabi. [Diriwayatkan oleh al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6017)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.