Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَطْغَوا على أهل الصُّوفِ والخِرَقِ؛ فإن أخلاقَهم أخلاقُ الأنبياءِ، ولِباسَهم لباسُ الأنبياءِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu melampaui batas terhadap golongan yang memakai pakaian berbulu dan juga pakaian yang koyak (ahli zuhud dan golongan sufi). Sesungguhnya akhlak mereka ialah akhlak para Nabi dan pakaian mereka ialah pakaian para Nabi.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 136, hadis no. 684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تطغوا على أهل الصوف والخرق فإن أخلاقهم أخلاق الأنبياء ولباسهم لباس الأنبياء. [قر، الضعيفة (6017)].
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau memarfū‘kannya: Janganlah kamu melampaui batas terhadap golongan yang memakai pakaian berbulu dan juga pakaian yang koyak (ahli zuhud dan golongan sufi). Sesungguhnya akhlak mereka ialah akhlak para Nabi dan pakaian mereka ialah pakaian para Nabi. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6017)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman