Munkar Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُشرِكوا باللَّهِ شيئًا وإن قُطِّعتُمْ أو حرِّقتُمْ أو قُتلتُمْ. ولا تترُكوا الصَّلاةَ المكتوبَةَ مُتعمِّدينَ، فمَن ترَكَها مُتعمِّدًا؛ فقَد خرجَ منَ الملَّةِ. ولا تركبو المعصيةَ؛ فإنَّها من سَخطِ اللَّهِ. ولا تشرَبوا الخمرَ؛ فإنَّها رأسُ الخطايا كُلِّها. ولا تفِرُّوا منَ القتلِ والموتِ وإن كنتُمْ فيهِ. ولا تَعصيَنَّ والديكَ، وإن أمراكَ أن تخرُجَ منَ الدُّنيا كُلِّها؛ فاخرُجْ. ولا تضَعْ عصاكَ عَن أَهْلِكَ؛ وأنصِفهُم مِن نفسِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu melakukan syirik kepada Allah dengan apapun walaupun kamu dicincang atau dibakar malah dibunuh. Janganlah kamu meninggalkan solat fardhu secara sengaja, sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja maka dia telah keluar dari agama. Janganlah juga kamu melakukan maksiat, kerana ia akan mengundang murka Allah. Janganlah kamu meminum arak, kerana ia adalah kepala bagi segala maksiat. Janganlah kamu lari daripada dibunuh atau kematian walaupun kamu sedang menghadapinya. Janganlah kamu menderhaka kepada ibu bapa kamu, jika mereka menyuruh kamu keluar dari dunia kesemuanya, maka keluarlah. Janganlah kamu meletakkan tongkat kamu kepada keluarga kamu, dan berlaku adillah kepada mereka.
Sahabat Perawi
- Ubadah bin al-Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 811, hadis no. 4180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Ubadah bin al-Samit RA berkata: Rasulullah SAW mewasiatkan kepadaku dengan 7 perkara. Baginda bersabda: “Janganlah kamu melakukan syirik kepada Allah dengan apapun walaupun kamu dicincang atau dibakar malah dibunuh. Janganlah kamu meninggalkan solat fardhu secara sengaja, sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja maka dia telah keluar dari agama. Janganlah juga kamu melakukan maksiat, kerana ia akan mengundang murka Allah. Janganlah kamu meminum arak, kerana ia adalah kepala bagi segala maksiat. Janganlah kamu lari daripada dibunuh atau kematian walaupun kamu sedang menghadapinya. Janganlah kamu menderhaka kepada ibu bapa kamu, jika mereka menyuruh kamu keluar dari dunia kesemuanya, maka keluarlah. Janganlah kamu meletakkan tongkat kamu kepada keluarga kamu, dan berlaku adillah kepada mereka.” [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Ibn Nasr dalam al-Solat, Ibn Abd al-Hakam dalam Futuh Misr, Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5991]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman