Janganlah kamu melaknatnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تلعنه، – يعني: البرغوث – (وفي رواية: لا تسبه)؛ فإنه أيقظ نبيا من الأنبياء للصلاة. (وفي رواية لصلاة الفجر).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu melaknatnya – iaitu: kutu itu – (dalam riwayat lain: janganlah kamu mencacinya), kerana sesungguhnya ia pernah mengejutkan seorang nabi untuk solat. (dalam riwayat lain: untuk menunaikan solat subuh).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342-343, hadis nombor 1798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -: أَنَّ رَجُلًا لَعَنَ بُرْغُوثًا عِنْدَ النَّبِيِّ ﷺ فَقَالَ: «لَا تَلْعَنْهُ، – يعني: البُرْغُوثَ – (وفي رواية: لا تَسُبُّه)؛ فَإِنَّهُ أَيْقَظَ نَبِيًّا مِنَ الْأَنْبِيَاءِ لِلصَّلَاةِ. (وفي روايةٍ لصلاةِ الفجرِ)». [خد، ع، البزار، عق، عد، هب، ابن الجوزي في «العلل»، الدولابي، ابن حبان في «الضعفاء»، الطبراني في «الدعاء»، «الضعيفة» (6409)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA: Bahawa seorang lelaki telah melaknat seekor kutu di samping Nabi ﷺ, lalu baginda bersabda: "Janganlah kamu melaknatnya – iaitu: kutu itu – (dalam riwayat lain: janganlah kamu mencacinya), kerana sesungguhnya ia pernah mengejutkan seorang nabi untuk solat. (dalam riwayat lain: untuk menunaikan solat subuh)". [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Ya’la dan al-Bazzar dalam Musnad mereka, al-’Uqayli dalam al-Dhu’afa’, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman, Ibn al-Jawzi dalam al-’Ilal al-Mutanahiyah, al-Dulabi dalam al-Kuna, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan al-Tabarani dalam al-Du’a. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6409].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.