Janganlah kamu melaknatnya – iaitu kutu –

TEKS BAHASA ARAB

لا تلعنه، – يعني: البرغوث – (وفي رواية: لا تسبه)، فإنه أيقظ نبيا من الأنبياء للصلاة، (وفي رواية لصلاة الفجر).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu melaknatnya – iaitu kutu – (dalam riwayat yang lain: Janganlah kamu mencelanya) – kerana sesungguhnya ia telah mengejutkan salah seorang nabi untuk solat (dalam riwayat yang lain: untuk solat subuh).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 430, hadis nombor 2316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – أن رجلا لعن برغوثا عند النبي ﷺ فقال: «لا تلعنه، – يعني: البرغوث – (وفي رواية: لا تسبه)، فإنه أيقظ نبيا من الأنبياء للصلاة، (وفي رواية لصلاة الفجر)». [خد، ع، البزار، عق، عد، ابن الجوزي في «العلل المتناهية»، الدولابي، ابن حبان في «الضعفاء»، الطبراني في «الدعاء»، هب، «الضعيفة» (6409)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA: Bahawa seorang lelaki melaknat kutu di sisi Nabi ﷺ. Lalu Baginda bersabda: Janganlah kamu melaknatnya – iaitu kutu – (dalam riwayat yang lain: Janganlah kamu mencelanya) – kerana sesungguhnya ia telah mengejutkan salah seorang nabi untuk solat (dalam riwayat yang lain: untuk solat subuh). [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Musnad Abī Ya‘lā, al-Bazzar, al-‘Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah, al-Daulabi, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Du’a’ dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6409].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs