Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَلْعَنْهُ، - يعني: البُرْغُوثَ - (وفي رواية: لا تَسُبُّه)؛ فَإِنَّهُ أَيْقَظَ نَبِيًّا مِنَ الْأَنْبِيَاءِ لِلصَّلَاةِ. (وفي روايةٍ لصلاةِ الفجرِ).
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu melaknatnya – iaitu: kutu itu – (dalam riwayat lain: janganlah kamu mencacinya), kerana sesungguhnya ia pernah mengejutkan seorang nabi untuk solat. (dalam riwayat lain: untuk menunaikan solat subuh).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342-343, hadis no. 1798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -: أَنَّ رَجُلًا لَعَنَ بُرْغُوثًا عِنْدَ النَّبِيِّ ﷺ فَقَالَ: «لَا تَلْعَنْهُ، - يعني: البُرْغُوثَ - (وفي رواية: لا تَسُبُّه)؛ فَإِنَّهُ أَيْقَظَ نَبِيًّا مِنَ الْأَنْبِيَاءِ لِلصَّلَاةِ. (وفي روايةٍ لصلاةِ الفجرِ)». [خد، ع، البزار، عق، عد، هب، ابن الجوزي في «العلل»، الدولابي، ابن حبان في «الضعفاء»، الطبراني في «الدعاء»، «الضعيفة» (6409)].
(Daif) Daripada Anas bin Malik RA: Bahawa seorang lelaki telah melaknat seekor kutu di samping Nabi ﷺ, lalu baginda bersabda: "Janganlah kamu melaknatnya – iaitu: kutu itu – (dalam riwayat lain: janganlah kamu mencacinya), kerana sesungguhnya ia pernah mengejutkan seorang nabi untuk solat. (dalam riwayat lain: untuk menunaikan solat subuh)". [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abu Ya’la dan al-Bazzar dalam Musnad mereka, al-’Uqayli dalam al-Dhu’afa’, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman, Ibn al-Jawzi dalam al-’Ilal al-Mutanahiyah, al-Dulabi dalam al-Kuna, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan al-Tabarani dalam al-Du’a. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6409].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman