Janganlah kamu melaknat al-Ḥākah (penenun), kerana manusia terawal yang melakukannya adalah bapa kamu, Nabi Adam AS

TEKS BAHASA ARAB

لا تلعنوا الحاكة؛ فأن أول من حاك أبوكم آدم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu melaknat al-Ḥākah (penenun), kerana manusia terawal yang melakukannya adalah bapa kamu, Nabi Adam AS.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 60, hadis nombor 267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تلعنوا الحاكة؛ فأن أول من حاك أبوكم آدم)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3308)].

(Munkar)
Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Janganlah kamu melaknat al-Ḥākah (penenun), kerana manusia terawal yang melakukannya adalah bapa kamu, Nabi Adam AS.))
[Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3308].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.