Janganlah kamu masuk kepada wanita walaupun mereka adalah isteri saudara kamu

TEKS BAHASA ARAB

لا تدخلوا على النساء وإن كن كنائن. قلنا: يا رسول الله! أفرايت الحمو؟ قال: حموهن الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu masuk kepada wanita walaupun mereka adalah isteri saudara kamu. Kami berkata: Wahai Rasulullah! Apakah pandangan kamu terhadap al-Hamw (ipar)? Baginda bersabda: Al-Hamw bagi mereka adalah kematian.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 810, hadis nombor 4178. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن عقبة بن عامر –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((لا تدخلوا على النساء وإن كن كنائن)). قلنا: يا رسول الله! أفرايت الحمو؟ قال: ((حموهن الموت)).
[طب، ((الضعيفة)) (5702)].

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Uqbah bin Amir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu masuk kepada wanita walaupun mereka adalah isteri saudara kamu. Kami berkata: Wahai Rasulullah! Apakah pandangan kamu terhadap al-Hamw (ipar)? Baginda bersabda: Al-Hamw bagi mereka adalah kematian.
Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5702]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs