Janganlah kamu masuk bertemu orang perempuan melainkan dengan izin

TEKS BAHASA ARAB

لا تدخل على النساء إلا بإذن. قاله لأنس صبيحة اليوم الذي احتلم فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Janganlah kamu masuk bertemu orang perempuan melainkan dengan izin". Baginda menyebutkannya kepada Anas pada pagi hari beliau bermimpi basah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis nombor 1217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التوقيت) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: لما كان صبيحة اليوم الذي احتلمت فيه؛ أخبرت النبي ﷺ، فقال: «لا تدخل على النساء إلا بإذن». قال: فما أتي علي يوم كان أشد منه. [طس، طص، عد، خط، ابن عساكر، «الضعيفة» (5760)].

(Mungkar dengan penetapan waktu ini) Daripada Anas RA, beliau berkata: Ketika waktu pagi hari yang aku bermimpi basah padanya, aku memberitahu kepada Nabi ﷺ. Lalu baginda bersabda: "Janganlah kamu masuk bertemu orang perempuan melainkan dengan izin". Anas berkata: Tidak tiba kepadaku suatu hari yang lebih berat berbanding hari itu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Mu'jam al-Saghir, al-Kamil fi al-Du’afa’ oleh Ibn 'Adi, Tarikh Baghdad oleh al-Khatib dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5760].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.