Janganlah kamu makan dengan satu jari kerana ia merupakan cara makan raja-raja

TEKS BAHASA ARAB

لا تأكل بإصبع؛ فإنه أكل الملوك، ولا تأكل بإصبعين؛ فإنه أكل الشيطان، وكل بثلاث أصابع؛ فإنه السنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu makan dengan satu jari kerana ia merupakan cara makan raja-raja. Janganlah pula kamu makan dengan dua jari kerana ia merupakan cara makan syaitan. Namun makanlah dengan tiga jari kerana ia merupakan sunnah.

STATUS

Batil dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 239, hadis nombor 1253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بهذا التمام) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «لا تأكل بإصبع؛ فإنه أكل الملوك، ولا تأكل بإصبعين؛ فإنه أكل الشيطان، وكل بثلاث أصابع؛ فإنه السنة». [ابن الجوزي في «العلل»، «الضعيفة» (6226)].

(Batil Dengan Selengkap Ini) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah kamu makan dengan satu jari kerana ia merupakan cara makan raja-raja. Janganlah pula kamu makan dengan dua jari kerana ia merupakan cara makan syaitan. Namun makanlah dengan tiga jari kerana ia merupakan sunnah". [Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6226].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs