Batil dengan selengkap ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تأكلُ بإصبَعٍ؛ فإنَّهُ أكلُ الملوكِ، ولا تأكلُ بإصبعينِ؛ فإنَّهُ أكلُ الشيطانِ، وكل بثلاثِ أصابعَ؛ فإنَّهُ السُّنَّةُ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu makan dengan satu jari kerana ia merupakan cara makan raja-raja. Janganlah pula kamu makan dengan dua jari kerana ia merupakan cara makan syaitan. Namun makanlah dengan tiga jari kerana ia merupakan sunnah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil dengan selengkap ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 239, hadis no. 1253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل بهذا التمام) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «لا تأكل بإصبع؛ فإنه أكل الملوك، ولا تأكل بإصبعين؛ فإنه أكل الشيطان، وكل بثلاث أصابع؛ فإنه السنة». [ابن الجوزي في «العلل»، «الضعيفة» (6226)].
(Batil Dengan Selengkap Ini) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Janganlah kamu makan dengan satu jari kerana ia merupakan cara makan raja-raja. Janganlah pula kamu makan dengan dua jari kerana ia merupakan cara makan syaitan. Namun makanlah dengan tiga jari kerana ia merupakan sunnah". [Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6226].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman