Janganlah kamu jadikan aku seperti bekas orang yang menunggang binatang

TEKS BAHASA ARAB

لا تجعلوني كقدح الراكب، يملأ قدحه، فإذا فرغ، وعلق معاليقه، فإن كان له في الشراب حاجة، أو الوضوء، وإلا؛ أهراق القدح. أحسبه، قال: فاذكروني في أول الدعاء، وفي وسطه، وفي آخر الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu jadikan aku seperti bekas orang yang menunggang binatang. Dia memenuhkan bekasnya, apabila kosong dia menggantungkannya. Dia hanya menggunakannya jika dia ada keperluan untuk minum atau berwuduk. Jika tidak, dia akan tuang isi bekas tersebut. Aku fikir Baginda bersabda: Ingatlah aku di awal doa, di tengah ataupun di pengakhiran doa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1917 hadis nombor 9629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنها، قال: قال رسول الله ﷺ: لا تجعلوني كقدح الراكب، يملأ قدحه، فإذا فرغ، وعلق معاليقه، فإن كان له في الشراب حاجة، أو الوضوء، وإلا؛ أهراق القدح. أحسبه، قال: فاذكروني في أول الدعاء، وفي وسطه، وفي آخر الدعاء.
[عب، عبد بن حميد، ابن أبي عاصم في الصلاة على النبي، البزار، عق، هب، الأصبهاني، القضاعي، أبو حفص المؤدب في المنتقى من حديث الفارسي، ((الضعيفة)) (5783)]

(Munkar)
Daripada Jabir Bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu jadikan aku seperti bekas orang yang menunggang binatang. Dia memenuhkan bekasnya, apabila kosong dia menggantungkannya. Dia hanya menggunakannya jika dia ada keperluan untuk minum atau berwuduk. Jika tidak, dia akan tuang isi bekas tersebut. Aku fikir Baginda bersabda: Ingatlah aku di awal doa, di tengah ataupun di pengakhiran doa.
[Riwayat ‘Abd al-Razzaq, Abdul bin Hamid, Ibn Abu ‘Asim dalam al-solat ‘alan Nabi, al-Bazzar, al-Uqaili dalam al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Asbahani, al-Quda’i, Abu Hafs al-Muaddib dalam al-Muntaqa min Hadith al-Farasi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5783]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs