Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تجعلوني كقَدَحِ الرَّاكبِ، يملأُ قدحَهُ، فإذا فرغَ، وعلَّقَ معاليقَهُ، فإن كانَ لَهُ في الشَّرابِ حاجةٌ، أوِ الوضوءِ، وإلَّا؛ أَهراقَ القدحَ. أحسبُهُ، قالَ: فاذْكروني في أوَّلِ الدُّعاءِ، وفي وسطِهِ وفي آخرِ الدُّعاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu jadikan aku seperti bekas orang yang menunggang binatang. Dia memenuhkan bekasnya, apabila kosong dia menggantungkannya. Dia hanya menggunakannya jika dia ada keperluan untuk minum atau berwuduk. Jika tidak, dia akan tuang isi bekas tersebut. Aku fikir Baginda bersabda: Ingatlah aku di awal doa, di tengah ataupun di pengakhiran doa.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1917, hadis no. 9629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنها، قال: قال رسول الله ﷺ: لا تجعلوني كقدح الراكب، يملأ قدحه، فإذا فرغ، وعلق معاليقه، فإن كان له في الشراب حاجة، أو الوضوء، وإلا؛ أهراق القدح. أحسبه، قال: فاذكروني في أول الدعاء، وفي وسطه، وفي آخر الدعاء. [عب، عبد بن حميد، ابن أبي عاصم في الصلاة على النبي، البزار، عق، هب، الأصبهاني، القضاعي، أبو حفص المؤدب في المنتقى من حديث الفارسي، ((الضعيفة)) (5783)]
(Munkar) Daripada Jabir Bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu jadikan aku seperti bekas orang yang menunggang binatang. Dia memenuhkan bekasnya, apabila kosong dia menggantungkannya. Dia hanya menggunakannya jika dia ada keperluan untuk minum atau berwuduk. Jika tidak, dia akan tuang isi bekas tersebut. Aku fikir Baginda bersabda: Ingatlah aku di awal doa, di tengah ataupun di pengakhiran doa. [Riwayat ‘Abd al-Razzaq, Abdul bin Hamid, Ibn Abu ‘Asim dalam al-solat ‘alan Nabi, al-Bazzar, al-Uqaili dalam al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Asbahani, al-Quda’i, Abu Hafs al-Muaddib dalam al-Muntaqa min Hadith al-Farasi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5783]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman