Janganlah kamu jadikan aku seperti bekas air penunggang

TEKS BAHASA ARAB

لا تجعلوني كقدح الراكب، يملأ قدحه، فإذا فرغ، وعلق معاليقه، فإن كان له في الشراب حاجة، أو الوضوء، وإلا؛ أهراق القدح. أحسبه قال: فاذكروني في أول الدعاء، وفي وسطه، وفي آخر الدعاء


TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu jadikan aku seperti bekas air penunggang (bekas air yang dibawa atas kenderaan), memenuhkan bekasnya, apabila selesai dia menggantungkannya, sekiranya dia mempunyai hajat untuk minum atau berwudhu’, jika tidak dia akan membuang air di dalam bekas tersebut. Aku merasakan Baginda menyatakan: Ingatlah aku pada awal doa, pertengahan dan akhir doa.


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1704, hadis nombor 8577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Jabir RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, Abd bin Humaid, Ibn Abi ‘Asim dalam al-Solat ‘ala al-Nabiy, al-Bazzar,al-Uqaili dalam al-Dhu’afa, al-Baihaqi dalam al-Shu’ab al-Iman, Abu al-Qasim al-Ashbahani, Abu Hafs al-Mu’addib dalam al-Muntaqa min Hadith Muhammad bin Ismail al-Farisi dan al-Qudha’ie.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs