Janganlah kamu campakkan permata di mulut-mulut anjing

TEKS BAHASA ARAB

لا تطرحوا الدر في أفواه الكلاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu campakkan permata di mulut-mulut anjing.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1282, hadis nombor 6571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: لا تطرحوا الدر في أفواه الكلاب.
[المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، الأبنوسي في ((الفوائد))، الرامهرمزي في ((المحدث الفاصل))، و((الأمثال))، خط، فر، الرافعي، ((الضعيفة)) (4786)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu campakkan permata di mulut-mulut anjing.
[Riwayat al-Mukhallas dalam al-Fawa'id al-Muntaqah, al-Abnusi dalam al-Fawa'id, al-Ramaharmuzi dalam al-Muhaddith al-Fasil dan al-Amthal, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4786]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs