Janganlah kamu berwuduk ditempat yang kamu membuang air kecil di dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

لا تتؤضؤوا في الكنيف الذي تبولون فيه؛ فإن وضوء المؤمن يوزن مع حسناته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu berwuduk ditempat yang kamu membuang air kecil di dalamnya kerana air wuduk orang beriman akan ditimbang bersama kebaikan-kebaikannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1193, hadis nombor 6052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: لا تتؤضؤوا في الكنيف الذي تبولون فيه؛ فإن وضوء المؤمن يوزن مع حسناته.
[ابن النجار، ((الضعيفة)) 818]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’: Janganlah kamu berwuduk ditempat yang kamu membuang air kecil di dalamnya kerana air wuduk orang beriman akan ditimbang bersama kebaikan-kebaikannya.
[Riwayat Ibn al-Najjar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 818]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.