Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: لَا تتوضؤوا فِي الكنيف الَّذِي تبولون فِيهِ، فَإِن وضوء الْمُؤمن يُوزن مَعَ حَسَنَاته.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Janganlah kamu berwuduk di dalam tandas kerana wuduk orang yang beriman akan ditimbang bersama kebaikannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 219, hadis no. 693. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
[وضعه يحيى بن عنبسة] متكلم فيه وضعفه يحيى بن معين.
hadis ini direka oleh Yahya bin ‘Anbasah, beliau dipertikaikan dan Yahya bin Ma'in menilainya sebagai lemah.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman