Janganlah kamu berwudhu di dalam tandas

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "لا تتوضؤا في الكنيف فإن وضوء المؤمن يوزن مع حسناته".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Janganlah kamu berwudhu di dalam tandas kerana wudhu orang yang beriman akan ditimbang bersama kebaikannya”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 13-14, hadis nombor 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في التذكرة: وضعه يحيى بن عنبسة.

Ibn Tahir berkata di dalam kitabnya al-Tazkirah: Hadith ini direka oleh Yahya bin ‘Anbasah.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon