Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تسألِ الرجلَ فيم يضرب امرأتَه، ولا تسأله عمن يعتمد من إخوانِه ولا يعتمدهم، ولا تنمْ إلا على وترٍ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu bertanya kepada seorang lelaki itu mengapakah dia memukul isterinya, janganlah kamu bertanya siapakah dari kalangan saudara maranya yang dia bergantung padanya dan (jangan bertanya kepadanya mengapa) dia tidak bergantung kepada mereka, dan janganlah kamu tidur melainkan kamu telah melakukan solat witir.
Sahabat Perawi
- al-Asy’ats bin Qays
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis no. 1147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأشعث بن قيس، قال: تضيفت عمر بن الخطاب - رضي الله عنه -، فقام في بعض الليل، فتناول امرأته فضربها، ثم ناداني: يا أشعث قلت لبيك! قال: احفظ عني ثلاث حفظتهن عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((لا تسأل الرجل فيم يضرب امرأته، ولا تسأله عمن يعتمد من إخوانه، ولا يعتمدهم، ولا تنم إلا على وتر)). [ه، ك، حم، ابن نصر، ((الضعيفة)) (4776)]
(Daif) Daripada al-Asy’ats bin Qays, beliau berkata: Aku menjadi tetamu kepada Umar bin al-Khattab RA. Kemudian beliau bangun pada sebahagian malam, lalu mencari isterinya dan memukulnya. Kemudian beliau memanggil aku: Wahai Asy’ats (mari sini). Beliau berkata: Aku datang (wahai Umar). Umar berkata: Hafal daripadaku tiga perkara yang aku hafal daripada Rasulullah SAW: Janganlah kamu bertanya kepada seorang lelaki itu mengapakah dia memukul isterinya, janganlah kamu bertanya siapakah dari kalangan saudara maranya yang dia bergantung padanya dan (jangan bertanya kepadanya mengapa) dia tidak bergantung kepada mereka, dan janganlah kamu tidur melainkan kamu telah melakukan solat witir. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau, al-Hakim dalam Mustadrak beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan Ibn Nasr. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4776]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman