Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُجارِ أخاك ولا تُشارِه.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu bersungguh ingin menang debat dengan saudara kamu dan janganlah kamu berbuat jahat terhadapnya.
Sahabat Perawi
- Hurayth bin ‘Amr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 93, hadis no. 473. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حريث بن عمر - رضي الله عنه - رفعه: لا تجار أخاك ولا تشاره. [الخطابي في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (4773)]
(Daif) Daripada Ḥurayth ibn ‘Amr RA, beliau memarfū‘kan (menyandarkannya kepada Nabi SAW): “Janganlah kamu bersungguh ingin menang debat dengan saudara kamu dan janganlah kamu berbuat jahat terhadapnya.” [Riwayat al-Khaṭṭābī dalam al-Gharīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4773]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman