Janganlah kamu bersedih terhadap sahabat karibmu itu

TEKS BAHASA ARAB

لا تبتئسي على حميمك؛ فإن ذلك من حسناته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu bersedih terhadap sahabat karibmu itu kerana itu merupakan antara amalan baiknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035 hadis nombor 10246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة – رضي الله عنها – أن رسول الله دخل عليها، وعندها حميم لها يخنقه الموت، فلما رأى النبي ﷺ ما بها قال لها: لا تبتئسي على حميمك، فإن ذلك من حسناته.
[ه، ((الضعيفة)) (4772)]

(Lemah)
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah datang kepadanya, dan beliau mempunyai seorang sahabat karib yang ditimpa musibah kematian. Ketika Nabi SAW melihat apa yang ada pada diri Aisyah, baginda bersabda kepada Aisyah: Janganlah kamu bersedih terhadap sahabat karibmu itu kerana itu merupakan antara amalan baiknya.
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4772]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs