Janganlah kamu bersahabat

TEKS BAHASA ARAB

لا تصحبن أحداً لا يرى لك من الفضل كما ترى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu bersahabat dengan seseorang yang tidak melihat bagi kamu daripada kelebihan seperti kamu melihat kepadanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 93, hadis nombor 478. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن سهل بن سعد – رضي الله عنه – رفعه: لا تصحبن أحداً لا يرى لك من الفضل كما ترى له.
[حل، فر، ((الضعيفة)) (4785)]

(Sangat Lemah)
Daripada Sahl ibn Sa‘d RA beliau memarfū‘kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): “Janganlah kamu bersahabat dengan seseorang yang tidak melihat bagi kamu daripada kelebihan seperti kamu melihat kepadanya.”
[Diriwayatkan oleh Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4785]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs