Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah kamu bersahabat dengan seseorang yang mana dia tidak melihat kelebihan kamu

Teks Bahasa Arab

لا تصحَبَنَّ أحدًا لا يرى لك من الفَضلِ كما ترى له.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah kamu bersahabat dengan seseorang yang mana dia tidak melihat kelebihan kamu sebagaimana kamu melihat kelebihannya.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Sa’d RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 216, hadis no. 1151. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سهل بن سعد - رضي الله عنه - رفعه: ((لا تصحبن أحدا لا يرى لك من الفضل كما ترى له)). [حل، فر، ((الضعيفة)) (4785)]

(Terlalu Daif) Daripada Sahl bin Sa’d RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu bersahabat dengan seseorang yang mana dia tidak melihat kelebihan kamu sebagaimana kamu melihat kelebihannya. [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 4785]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.